“Tiada istilah pengangguran kepada orang yang boleh menulis.” – Tuan Zamri Mohamad, Guru Penlisan Malaysia.
Penulis bukan sahaja karyawan. Dia juga boleh menjadi usahawan kata. Orang yang boleh menulis, boleh bekerja secara mandiri. Mereka boleh menjual idea malah juga mampu menjual produk dengan hanya menulis menyampaikan cerita. Penulis yang mampu memberikan emosi kepada penulisan akan lebih berjaya mempengaruhi pembeli untuk melanggan produk mereka.
Jika anda dilahirkan sebagai seorang penulis, maka bersyukurlah!
Jika anda berusaha menulis, maka berbanggalah!
Menulis adalah kemahiran hidup yang membolehkan anda berdaya saing dalam mana-mana industri. Sebagai pengurus projek, penulisan yang berimpak tinggi menaikkan nilai idea yang baik. Sebagai penjual produk, penulisan yang bersasar menjadikan sesuatu produk difahami dengan baik.
Maka ayuh bermula dengan titik kekuatan diri.
Menulis sesuatu yang kita tahu dan pakar. Jadikan buku sebagai pembuka langkah kerana buku akan bercakap bagi pihak kita dan menaikkan nilai kredibiliti tanpa perlu menaikkan diri.