Apabila seorang penulis memilih untuk menjadi penulis swaterbit, mereka perlu tahu bahawa mereka bukan lagi seorang penulis biasa.
Malah sebagai seorang penulis swaterbit, kita perlu memakai banyak topi dalam satu-satu masa antaranya adalah :
✅ Topi Penulis
✅ Topi Penerbit
✅ Topi Pemasar
✅ Topi Pengedar
Hal ini tidak mudah namun bukan mustahil.
Seorang usahawan kata harus menetapkan sasaran jualan dan pelan tindakan yang sesuai agar matlamat utama penulisan mereka tercapai. Berikut kami kongsikan yang boleh dilakukan dalam merancang jualan buku anda sendiri.
Sebagai seorang penulis swaterbit, anda perlu menetapkan target jualan buku anda dan gerak kerja untuk mencapainya. Sebagai contoh, target jualan bagi anad adalah RM 30,000. Berapa harga seunit bagi jualan anda dan berapa banyak unit yang ingin dijual dalam tempoh masa yang anda tetapkan?
Kemudian, anda harus menentukan siapakah pembaca sasaran anda, dan bagaimana anda boleh berinteraksi dengan mereka untuk memperihalkan tentang buku yang anda akan jual nanti.
Anda juga harus konsisten dalam pembinaan konten kepada prospek untuk membina keterujaan mereka kepada karya anda sendiri.
Tawaran yang menarik juga harus diberikan agar mereka tidak melepaskan peluang untuk segera mendapatkan buku anda dalam pasaran.