Manuskrip sudah siap!

Soalannya, berapa modal mula?

Manuskrip yang sudah siap bukan terus dicetak, namun perlu melalui proses suntingan dan pruf bagi menjaga kredibiliti penulis.

Berapa duit poket yang ada?

Berapa banyak buku ingin dicetak?

Berapa besar saiz pasaran buku kita?

Berapakah kos pemasaran yang terlibat?

Berapa banyak saluran yang boleh digunakan bagi memasarkan buku anda?

Ini semua perlu dijawab oleh seorang penulis swaterbit selaku usahawan kata.

Bagi memudahkan perancangan jualan buku, penulis boleh bermula dengan membuat pelan tindakan menggunakan ‘Business Model Canvas’ (BMC).

Melalui BMC, penulis sudah boleh melihat secara keseluruhan bagaimana buku mereka nanti dapat diposisisikan dengan betul dalam pasaran kepada pembaca sasaran yang tepat.

Selain itu, BMC juga dapat membantu penulis melihat kos-kos terlibat, keuntungan lain yang boleh didapatkan dan saluran yang tepat bagi mencapai target jualan buku.

Berikut kami lampirkan ‘template’ BMC bagi memudahkan anda merancang jualan buku anda sendiri.

Soalan mahal atau murah kos penerbitan buku swaterbit bergantung kepada jenis manuskrip  dan spesifikasi buku yang telah ditetapkan dan pelan pemasaran buku anda.

Jika buku anda nanti akan dicetak dalam bentuk berwarna-warni, kosnya pasti lebih mahal daripada hitam putih. Kos reka bentuk, pemilihan jenis kertas dan pilihan percetakan juga mempengaruhi kos penerbitan buku swaterbit.

Cara terbaik mendapatkan kos bagi buku anda adalah dengan berbincang dengan konsultan penerbitan anda. Di Bookhero kami akan mencadangkan pelan yang bersesuaian mengikut bajet dan spesifikasi yang pelanggan tetapkan bagi menerbitkan buku mereka sendiri.

×